Thursday, August 25, 2011

Harimau Muda Ketuk Pintu Kelab Eropah ?


Satu permulaan......

Ini merupakan berita yang cukup mengembirakan bagi peminat sukan tanah air apabila mula mengetahui bahawa 3 pemain Skuad Olimpik iaitu Fadli Shas,Wan Zack Haikal dan Irfan Fazail akan bersama kelab FC Vion.

Walaupun sekadar mengikat kontrak secara pinjaman selama 3 bulan sehingga bulan November, ia sudah cukup untuk mereka membuka satu lembaran baru untuk memajukan bola sepak negara dan membuka peluang buat pemain negara yang lain untuk bermain di eropah.


Ketiga-tiga pemain tersebut terpaksa mengorbankan menyambut Hari Raya di tanah air kerana telah pun sah ke FC Vion dan kemungkinan besar mereka akan beraksi pada sabtu ini (27-8-2011).


Kelab FC Vion merupakan kelab yang bermain di Liga Utama Cargon Slovakia dan kelab ini juga pernah bermain di Piala UEFA.




Harap pemain ini dapat menunjukan aksi yang baik di sana dan mampu meningkatkan lagi corak pemainan mereka.


Saturday, August 20, 2011

ibu,mama,mother,mak,ummi, penting ke?


IBU,IBU,IBU....siapa? selalu bising je..kuat melenting je..suruh pergi kedai beli santan laaa apa laaa...pagi-pagi dah memekak..


teetttt..Ibu ialah insan yang paling penting dalam kehidupan kita la an..tanpa mereka mungkin susah kita nanti an. Tiap pagi bangun sedia kn sarapan pagi yg enak, sentiasa bg rumah ni bersih, masak sedap, tlg kejut bangun sahur dan lain lain la.


Tapi ada gak yg x hargai apa yg ibu kita buat untuk kita sepanjang ibu menjaga kita sampai skrg ni, seperti mengigit jari ibu ketika dlm ketakutan, keresahan, dan lain lain la. Dulu bkn main lagi hisap ibu jari masa kecik dulu an, mse bayi kn.


Oleh itu, mari kita menyanyangi ibu kita dan sentiasa la an menjaga hatinya, jgn nk asyik jaga hati kekasih  je. Syurga kn di bawah tapak kaki ibu, jgn asyik belai kaki awek je an. awek bole cari. ibu?


Nanti ble birhtday ibu asyik beli kn seledang je, dekat awek bole lak beli rantai belian. just think and tong ok?


















-ILOVEMYMOM-

Friday, August 19, 2011

Skuad Olimpik Tak Jadi Ke China?



Itu adalah masalahnya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM ) gagal mendapat pasukan untuk mengadakan perlawanan persahabatan.


Walaubagaimanapun Skuad Olimpik akan mengadakan latihan di KL dengan mengada perlawanan dengan kelab Iraq iaitu Al-Arbil dan akan bertemu skuad olimpik Oman.


Kelab dari Iraq ialah kelab yang beraksi di Piala AFC kelab yang bertembung dengan kelab Persipura Jayapura dari Indonesia. Manakala Skuad Olimpik Oman singgah sebelum bertemu Skuad Olimpik Korea.


Harap perancangan kali ini tidak lagi dibatal, bertemu 2 kelab ini amat penting untuk menguji tahap pemain yang sebulan berlatih di Slovakia.




  • Malaysia u-22 vs Al-Arbil : 9 september 2011
  • Malaysia u-22 vs Oman u-22 : 21 september 2011




sumber daripada : Kosmo

Jersi Harimau Malaya Ada di Mana Sahaja ?



Jersi Harimau Malaya kini semakin popular sejak kejayaan yang dicapai oleh skuad kita. Apa yang di banggakan ialah jersi Malaysia menjadi pilihan rakyat jelata untuk digayakan.


Sebelum ini jersi-jersi daripada kelab EPL pasukan gergasi menjadi pilihan mereka. Bagi apan, ini satu perkara yang amat membanggakan bagi seluruh rakyat MALAYSIA.
Hampir setiap kali jalan di pusat membelih belah akan kelihatan orang memakai jersi Malaysia. Di pasar malam, lepak dengan kawan, pergi dating pun pakai jersi Malaysia.
Spesis Harimau Malaya Paling Comel DitemuiSampai Lisa Suraini pun pakai jersi Malaysia. comel kan? dan kemungkinan besar Malaysia akan melancarkan jersi terbaru sebelum kejohanan besar seperti AFF Cup 2012 dan mungkin di Sukan Sea nanti, sama-samalah kita nantikan.


Dikhabarkan jersi harimau malaya juga akan dipakai oleh Kak Limah untuk di filem dalam Hantu Kak Limah Pergi Stadium.hehe.  
 

Harap jersi yang terbaru nanti terus kekalkan Nike sebagai penaja jersi Malaysia dna jersi mesti gempak !




Piala Malaysia 2011 Milik Kelantan ?

PIALA MALAYSIA

Kejohana tertua di Asia iaitu Piala Malaysia akan membuka tirai pada bulan september ini. Kebanyakan pasukan yang bertanding sudah giat melakukan persiapan pasukan untuk menjulang piala keramat di Malaysia.

Pada 17 ogos lalu pasukan Kelantan dan Selangor mengadakan perlawanan persahabatan di Shah Alam. Perlawanan itu menyaksikan pasukan Kelantan berjaya menang tipis 1-0.

Bagi apan, pasukan Kelantan mampu melangkah sejarah menjulang Piala Malaysia 2011 kerana membarisi skuad yang cukup konsisten.

Pasukan Kelantan yang mempunyai sokongan yang padu daripada penyokong sendiri dan mempunyai pengurusan yang baik di bawah Tan Sri Anuar Musa mampu menjamin Kelantan mara ke perlawanan akhir.

Pasukan yang mampu memberi saingan seperti Selangor perlu memantapkan jentera serangan yang masih tumpul setelah kehilangan Safee Sali. Pasukan seperti Kedah dan Terengganu mampu memusnahkan impian Kelantan pada kali ini. Selain itu pasukan seperti Sime Darby mampu memberi kejutan setelah cemerlang dalam siri perlawanan persahabatan.

Harap pasukan Kelantan akan bertembung Terengganu di perlawanan akhir nanti.

I LOVE MALAYSIA


Thursday, August 18, 2011

Safee Sali Pemain Terbaik Asia Tenggara?



Safee Sali telah mula mempamerkan aksi yang menyakinkan setelah berhijrah ke kelab indonesia iaitu Pelita Jaya. Di Pelita Jaya Safee telah menjaringkan 7 gol dengan 13 penampilan dan berjaya membawa Pelita Jaya terkeluar daripada zon penyikiran di Liga Super Indonesia (ISL).


Tapi bagi apan, Safee sudah mula menujukkan aksi yang cukup memukau ketika membawa Malaysia menjulag Piala AFF.


Berita tentang Safee Sali di intai oleh kelab dari German bagaimana pun belum ada kata putus lagi daripada kelab tersebut tetapi Safee mengakui ada kelab daripada eropah berminat dengan beliau tapi tidak di maklumkan kelab tersebut ketika di temu bual oleh wartwan astro arena.


Dan berita yang baru di terima, Pelita Jaya ingin memperbaharui kontrak Safee Sali yang sebelum ini hanya mengikat Safee sehingga satu musim sahaja. Safee yang menerima gaji sebanyak RM 30,360 (US$ 10,000) sebulan kemungkinan akan menerima kenaikan gaji setelah pengurusan kelab berpuas hati dengan aksi Safee Sali ketika ini.



Oleh itu, Safee Sali adalah pemain Malaysia yang paling bernilai ketika ini. Safee juga dikaitan dengan Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari. Layakkah Safee?



Aksi yang konsisten sejak menjulang Piala AFF sehingga kelayakan Piala Dunia dan ketika melayan kelab EPL sudah cukup membanggakan rakyat Malaysia yang merindui aksi cemerlang Skuad Harimau Malaya.


Harap Tony Fernandes membawa Safee untuk menyarung jersi QPR dan menjadikan rakyat Malaysia pertama yang bermain di antara terbaik di dunia dan membanggakan rakyat MALAYSIA. I LOVE MALAYSIA.


Queens Park Rangers Sah Milik Tony Fernandes !




Jutawan Malaysia Datuk Seri Tony Fernandes bakal jadi bos besar dalam Queens Park Rangers setelah menguasai pegangan saham sebanyak 66% beb. Tony Fernandes akan juga membawa masuk 4 permain baru sebelum pintu perpindahan di tutup...


Jersi QPR yang sebelum ini tiada paparan penaja dan di jangka akan mempaparkan nama AIRASIA di jersi. Ini amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia setelah Dato Chan Tie Ghee memiliki Cardiff City yang bermain di Divesyen 2.


Seperti yang kita tahu, Datuk Tony Fernandes yang juga CEO AIRASIA dan memiliki Team Lotus di F1 dan juga memasuki kalendar motorGP 125 cc. Kedua-duanya team tersebut berjaya membawa masuk rakyat malaysia iaitu Zulfahmi dalam MOTOGP dan Fairuz Faiuzi dalam Team Lotus.


Adakah Datuk Tony Fernandes akan membawa permain Malaysia ke QPR? Sama-sama kita tunggu kejutan daripada Datuk Tony Fernandes.







Harap Datuk Tony Fernandes akan membawa Safee sali menyarung jersi QPR.