Friday, August 19, 2011

Piala Malaysia 2011 Milik Kelantan ?

PIALA MALAYSIA

Kejohana tertua di Asia iaitu Piala Malaysia akan membuka tirai pada bulan september ini. Kebanyakan pasukan yang bertanding sudah giat melakukan persiapan pasukan untuk menjulang piala keramat di Malaysia.

Pada 17 ogos lalu pasukan Kelantan dan Selangor mengadakan perlawanan persahabatan di Shah Alam. Perlawanan itu menyaksikan pasukan Kelantan berjaya menang tipis 1-0.

Bagi apan, pasukan Kelantan mampu melangkah sejarah menjulang Piala Malaysia 2011 kerana membarisi skuad yang cukup konsisten.

Pasukan Kelantan yang mempunyai sokongan yang padu daripada penyokong sendiri dan mempunyai pengurusan yang baik di bawah Tan Sri Anuar Musa mampu menjamin Kelantan mara ke perlawanan akhir.

Pasukan yang mampu memberi saingan seperti Selangor perlu memantapkan jentera serangan yang masih tumpul setelah kehilangan Safee Sali. Pasukan seperti Kedah dan Terengganu mampu memusnahkan impian Kelantan pada kali ini. Selain itu pasukan seperti Sime Darby mampu memberi kejutan setelah cemerlang dalam siri perlawanan persahabatan.

Harap pasukan Kelantan akan bertembung Terengganu di perlawanan akhir nanti.

I LOVE MALAYSIA


No comments:

Post a Comment